5 Kesilapan Ecommerce Yang Sering Dilakukan

Sebagai seorang penjual online, ramai yang tidak sedar bahawa ada banyak kesalahan yang mereka lakukan. Berikut kami senaraikan antara kesilapan-kesilapan e-commerce yang biasa dilakukan oleh penjual online.

1. Gambar Produk Ala-Ala Kadar
Perlu diingat first impression adalah sangat penting. Gambar memang sangat penting dalam e-commerce. Tidak salah menggunakan smartphone anda untuk ambil gambar tapi pastikan gambar dalam resolusi tinggi dan background yang tak perlu hendaklah dihindarkan.

2. Tidak Melayan Pelanggan
Walaupun anda menggunakan e-commerce dan menganggap semua jualan adalah secara automatik tetapi pelanggan anda bukan robot. Ia manusia seperti anda. Layan mereka sebaiknya jika mereka bertanya kerana pertanyaan mereka sudah semestinya berkaitan dengan produk.

3. Tiada Penerangan Lengkap Tentang Produk
Masukkan segala maklumat produk anda dengan selengkapnya sampai pelanggan tidak perlu lagi bertanya

4. Proses Checkout Yang Rumit
Pernah tak anda nak checkout tapi mengambil masa yang agak lama untuk proses bayaran. Kena masukkan macam-macam maklumat. Pastikan anda buat sistem checkout yang memudahkan pelanggan anda. Tidak tahu? Kami boleh bantu anda!

5. Website anda Tidak Responsif (Mesra Mobile)
Kebanyakan pelanggan berada dekat dengan telefon mereka berbanding PC atau laptop. Kadar menggunakan telefon bimbit adalah sangat tinggi. Jadi jika website anda tidak mesra mobile, maka anda akan hilang pelanggan anda!

Dapatkan Servis Buat Website Ecommerce & Copywriting Convert (Klik Sini)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *